Unit RNO TM Malaysia Bhd. Jln. Kg. Jawa, 87000, Wil Per Labuan.

free counters

Santapan Jiwa

Jumaat, 23 Oktober 2009

Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri TM Bhd. Labuan

Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri TM Bhd. Labuan diadakan pada 10 Oktober 2009, di Ruang Legar Kedai TM Bhd. Labuan, Bangunan Ujana Kewangan Labuan.












Isnin, 13 Julai 2009

Majlis Makan Malam Bersama RNO Labuan

3 Julai 2009
Semalam saya dan keluarga menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Kakitangan RNO Labuan di Perkarangan bangunan Telekom Malaysia Bhd. Kg. Jawa, WP Labuan. Acara yang bermula kira-kira jam 8.00 malam itu dimulakan dengan nyanian lagu Negaraku dan diikuti dengan lagu TM iaitu Kristal.

Turut berucap pada malam itu ialah AGM RNO Sabah, Tuan Haji Musa Ag. Kecik. Majlis diakhiri dengan makan malam dan acara karaoke.


Rabu, 13 Mei 2009

ZTEMSAN System Local Tranning

21-23 April 2009
Abbas Mahmud yang berdiri ditengah-tengah tu (empat dari kanan), telah menghadiri kursus ZTEMSAN System Local Tranning di Multimedia Collegh Kuala Lumpur pada 21-23 April 2009 yang lalu. Kursus diakhiri dengan ujian dan bergambar ramai. Semoga semua yang menghadiri kursus, lulus dalam ujian mereka.

Hari Keluarga TM Labuan


4 April 2009

Hari keluarga TM Labuan disambut meriah. Acara diadakan di Padang Majal Kg. Pohon Batu. Majlis dirasmikan oleh En Suhaini Engson. Acara dimulakan dengan pertandingan mewarna dan selepas itu nyanyian lagu Negaraku dan lagu Kristal.

10 acara telah dipertandingkan pagi itu antaranya lari dalam guni, tiup belon sampai pecah, boling kelapa, ikat kaki berpasangan, musical chair, baling belon berisi air dan sebagainya.

Abbas Mahmud dapat cabutan tiket bertuah tempat pertama, (dapatlah hemper besar). Nuratikah Nazurah Abbas telah memenangi tempat pertama musical chair dan tempat ketiga pertandingan ikat kaki bersama Asyeqeen Asmeerha Ag Suhaimi.
Acara seperti ini perlu dimasukan dalam kalender TM Labuan, dengan itu dapat juga mengeratkan tali silaturrahim antara keluarga TM Labuan.

Pengikut